Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Projek Lima Tahun Berhasil, Maahad Ahmadi Catat Peningkatan Drastik SPM

By 2 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sharil Alias (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 2 April (MalaysiAktif) – Projek pembangunan lima tahun kerajaan Negeri Sembilan di Maahad Ahmadi terbukti membuahkan hasil apabila sekolah berkenaan mencatatkan pencapaian luar biasa dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Aminuddin ketika sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Menteri Besar Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata kumpulan pelajar pertama yang menduduki SPM sejak institusi itu diisytiharkan sebagai Sekolah Agama Berasrama Penuh (SABP) berjaya melonjakkan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 3.36 kepada 1.62.

“Peningkatan ketara turut dicatatkan dalam semua mata pelajaran. Subjek Lughah Arabiah Mu’assirah menunjukkan lonjakan signifikan daripada 3.68 kepada 1.53, manakala majoriti pelajar turut cemerlang dalam Bahasa Melayu dan Sains,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Sembilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), semalam.

Mengulas lanjut pencapaian tersebut, Aminuddin memaklumkan bahawa daripada lebih 60 orang calon, seramai 19 pelajar berjaya memperoleh 10A, manakala 13 lagi meraih 9A.

Beliau menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti keberkesanan inisiatif kerajaan negeri dalam memperkasa pendidikan agama, sekali gus menjadi medan untuk melahirkan lebih ramai tokoh agamawan pada masa hadapan.

-RI

Tinggalkan komen anda