
Laporan/foto: Sumardi Sugiman (Limbang)
LIMBANG, 22 April (MalaysiaAktif) — Satu daripada 12 pintu Rumah Panjang Senggat Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah terbakar dalam kejadian, petang semalam.
Ketua Bomba Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.40 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digegaskan ke lokasi.
“Kebakaran melibatkan satu pintu, dengan dua lagi pintu turut terjejas.
“Operasi pemadaman menggunakan satu saliran air dari pam pili bomba serta satu aliran salur bantu mula, melibatkan enam pegawai dan anggota bomba dengan bantuan dua jentera bomba,” katanya, di sini semalam.
Beliau berkata operasi tamat pada pukul 5.20 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.
-FN





