Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Wellness Hub Sibuti Perkasa Kesejahteraan Komuniti Setempat

By 27 April 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rokayah Gobik/Ariffin Rosli (Niah)

NIAH, 27 April (MalaysiaAktif) – Wellness Hub Sibuti kini beroperasi sebagai pusat sehenti yang menawarkan perkhidmatan kesihatan komprehensif bagi memperkasa kesejahteraan masyarakat setempat.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata penubuhan pusat tersebut mencerminkan komitmen kerajaan dalam mereformasi sistem kesihatan negara melalui pencegahan penyakit.

“Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati 29.9 peratus dewasa tidak aktif secara fizikal dan 49.9 peratus mengamalkan gaya hidup sedentari,” katanya ketika merasmikan hub itu, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sibuti berharap pusat tersebut menjadi contoh terbaik pelaksanaan reformasi kesihatan di peringkat akar umbi dengan memfokuskan kepada pencegahan awal.

“Wellness Hub Sibuti akan membimbing komuniti ke arah kehidupan lebih sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pencegahan,” katanya.

Inisiatif ini selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan (KKM) yang beralih daripada pendekatan sick care kepada health care demi penjagaan kesihatan kendiri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda