Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Bengkel Pengacaraan Majlis dan Protokol Bantu Bentuk Sahsiah Pelajar

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

DUNGUN, 20 Mei (MalaysiaAktif) – Bengkel Pengacaraan Majlis dan Protokol penting dalam membentuk sahsiah, komunikasi dan kepimpinan pelajar sejak usia muda.

“Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar, malah menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam bidang pengacaraan majlis,” kata Penolong Kanan Ulul Albab, Abdul Fatahul Aziz Ab Karim, di sini semalam.

Seramai 73 pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Imtiaz Dungun menyertai bengkel tersebut yang dianjurkan bagi melahirkan pelajar berkeyakinan tinggi serta berkemahiran dalam mengendalikan sesuatu majlis secara profesional.

Bengkel tersebut memberi pendedahan menyeluruh berkaitan tatacara pengacaraan, etika protokol, penggunaan intonasi suara serta teknik pengendalian majlis mengikut amalan semasa.

Menurut beliau lagi, pihak sekolah berharap para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh pengacara berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai majlis rasmi di negeri Terengganu.

Sementara itu, tenaga pengajar Ahmad Syafri Husnaini Mohamad turut berkongsi pengalaman serta teknik praktikal bagi membantu pelajar tampil lebih yakin ketika berada di hadapan khalayak.

Sepanjang bengkel berlangsung, para pelajar menunjukkan komitmen tinggi dan keberanian untuk mencuba, sekali gus menyerlahkan potensi besar mereka sebagai pengacara majlis pada masa hadapan.

-RI

Tinggalkan komen anda