
Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook Pejabat Perikanan Negeri Johor
JOHOR BAHRU, 7 Mei (MalaysiaAktif) – Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Negeri Johor bersama anggota Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (PKOPP) Mersing telah berjaya mematahkan aktiviti pelanggaran syarat lesen dalam satu operasi rondaan, pemantauan dan pengawasan (OPS Periksa) di perairan Endau, baru-baru ini.
Melalui kenyataan Pejabat Perikanan Negeri Johor, operasi yang melibatkan kekuatan enam orang anggota ini, telah berjaya menahan dua buah vesel penangkapan ikan tempatan Zon C jenis pukat tunda.
“Tangkapan seorang warga tempatan yang merupakan wakil atau pemilik vesel, melanggar Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985 serta gagal mematuhi syarat iaitu peralatan MTU/AIS dikesan tidak diaktifkan,” dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Sitaan dua unit vesel Zon C beserta peralatan menangkap ikan dengan anggaran nilai mencecah RM200,000.
Perikanan Negeri Johor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan, terutamanya kesalahan mematikan sistem penjejakan MTU/AIS.
-AA-





