Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hobi Bela Ikan Gupi Jadi Sumber Pendapatan Lumayan

By 5 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Syafiq/Zabata Ibrahim (Kubang Pasu)

KUBANG PASU, 5 Mei (MalaysiaAktif) – Bermula sekadar hobi membela ikan hiasan, seorang anak muda kini berjaya menjadikan minatnya itu sebagai sumber pendapatan yang menguntungkan.

Antara trofi yang dimenangi oleh Faris dalam pertandingan ikan gupi.

Mohd Faris Ahmad, 29, membuktikan bahawa kesungguhan dan minat mampu membuka peluang dalam dunia keusahawanan.

Menurutnya, minat terhadap ikan gupi bermula sejak beberapa tahun lalu sebelum berkembang menjadi usaha yang lebih serius.

Ketekunan dalam mempelajari teknik penjagaan dan pembiakan ikan tersebut membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjuarai pelbagai pertandingan ikan hiasan.

“Kejayaan dalam pertandingan memberi keyakinan kepada saya untuk mengembangkan hobi ini menjadi perniagaan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini baru-baru ini.

Beliau kini mengusahakan penjualan pelbagai jenis gupi berkualiti tinggi secara dalam talian melalui platform TikTok menerusi akaun Lindungan Bulan Guppy Farm.

Antara rak yang mempamerkan baka ikan gupi bagi tantapan pelanggan di kedai milik Faris.

Menurutnya, permintaan terhadap ikan gupi semakin meningkat dalam kalangan penggemar ikan hiasan kerana ia mudah dipelihara serta mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Beliau turut melihat industri ikan hiasan sebagai satu bidang yang berpotensi besar untuk terus berkembang, khususnya dengan penggunaan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

Kisah kejayaan ini membuktikan bahawa minat yang dipupuk dengan kesungguhan mampu menjadi sumber rezeki, sekali gus memberi inspirasi kepada golongan muda untuk berani menceburi bidang keusahawanan berasaskan hobi.

-RI

Tinggalkan komen anda