Skip to main content
Berita TempatanSarawak

IPD Sri Aman Perkukuh Kemahiran Pengurusan Jenazah Anggota

By 1 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menganjurkan Program Latihan Pengurusan Jenazah (LPD) bagi memperkasakan pembangunan rohani dan kemahiran fardu kifayah warganya, hari ini.

Program anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) itu bermatlamat memastikan setiap anggota mempunyai kemahiran teknikal yang tepat mengikut urutan hukum syarak.

Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Bahagian Sri Aman, Mohd Rafizi Wahab berkata pengurusan jenazah merupakan ibadah yang wajib mematuhi protokol serta tertib yang sah.

“Setiap langkah daripada kaedah pembersihan sehingga susunan kafan mempunyai rukun yang mesti dipenuhi bagi menjamin kesempurnaan fardu kifayah tersebut,” katanya di Surau Darul Solihin, di sini hari ini.

Menurut Rafizi, ketelitian dalam setiap prosedur adalah kritikal bagi mengelakkan kesilapan yang boleh menjejaskan kehormatan jenazah.

Beliau menjelaskan bahawa penguasaan ilmu tersebut membolehkan anggota polis menjadi rujukan sahih dalam membantu masyarakat serta mengelakkan kekeliruan amalan dalam komuniti.

Peserta didedahkan dengan simulasi intensif merangkumi teknik memandikan jenazah, cara lipatan kain kafan mengikut sunnah serta tatacara solat jenazah yang betul.

Sementara itu, peserta program, Sarjan Awang Syukri Awang Boni berkata, pendedahan aspek hukum secara mendalam telah meningkatkan keyakinan anggota untuk bertugas di lapangan.

“Kami kini lebih memahami prosedur yang dilakukan mengikut ketetapan agama yang sangat berguna apabila berdepan situasi sebenar nanti,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda