Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

KRT Main Peranan Lebih Luas Demi Kesejahteraan Komuniti

By 18 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zakry Chan

PAYA RUMPUT, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Peranan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah menyeluruh dan tidak tertumpu kepada soal keselamatan dan perpaduan komoniti semata-mata.

Bendahari KRT Taman Krubong Heights, Muhammad Hafiz Abd Aziz berkata organisasi komuniti kerajaan itu turut bertindak sebagai penghubung antara masyarakat dengan pihak kerajaan dalam hal berkaitan kebajikan serta kemudahan penduduk.

“KRT menjadi medium penting dalam menyampaikan maklumat serta membantu penduduk yang memerlukan perhatian khusus.

“Melalui hubungan baik bersama pihak kerajaan dan pemimpin setempat, pelbagai bantuan kebajikan serta kemudahan masyarakat dapat disalurkan dengan lebih efektif dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lawatan ziarah Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Rais Yasin ke rumah seorang jawatankuasa KRT Taman Krubong Heights yang mengalami lumpuh akibat kemalangan, kelmarin.

Kunjungan tersebut turut menjadi tanda sokongan moral selain menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Program ziarah kasih itu mencerminkan keprihatinan pemimpin bersama komuniti setempat dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi perhatian khusus, terutama melibatkan penduduk yang memerlukan bantuan dan sokongan.

-FN

Tinggalkan komen anda