Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kursus Ibadah Qurban Tingkat Kefahaman Pelaksanaan Mengikut Syariat

By 25 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan

PAYA RUMPUT, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Penganjuran Kursus Ibadah Qurban di Surau Al-Qard, Taman Krubong Perdana dilihat mampu meningkatkan kefahaman serta ilmu pengetahuan masyarakat berkaitan pelaksanaan ibadat korban yang sebenar mengikut syariat Islam.

Pengerusi Surau Al-Qard Mohd Aidie Mohd Ali, berkata kursus tersebut diadakan sebagai persediaan awal menjelang sambutan Aidiladha selain memberi pendedahan kepada peserta mengenai tatacara pengurusan ibadat korban dengan lebih teratur dan sempurna.

Ustaz Syed Abdul Rahman Al-Kaff menyampaikan ceramah berkaitan ibadah qurban.

“Masih terdapat segelintir masyarakat yang kurang memahami aspek-aspek penting berkaitan ibadat korban termasuk penyembelihan, pengurusan daging serta agihan kepada golongan yang layak menerima.

“Melalui kursus ini, peserta diberikan penerangan supaya ibadah qurban dapat dilaksanakan dengan lebih yakin dan mengikut syariat ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau program seumpama itu juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat selain memupuk semangat kerjasama dan sukarelawan menjelang sambutan Aidiladha.

‘Kursus tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar yang hadir bagi menambah ilmu serta memahami dengan lebih mendalam berkaitan tuntutan ibadat korban dalam Islam,” katanya ketika ditemui selepas kursus yang berlangsung, di sini semalam.

-RI

Tinggalkan komen anda