Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MOTAC Umum RM400,000 Perkasa Pelancongan, Warisan Bau

By 10 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Loseyeffer Molly (Bau) / Abdul Hakeem Well & Eddie Alan Blanking

BAU, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan peruntukan RM400,000 bagi memperkasa sektor pelancongan dan warisan budaya di daerah Bau.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata festival berkenaan berjaya menarik kira-kira 5,000 pengunjung.

“Pesta Kebudayaan dan Pelancongan Bau wajar dijadikan acara tahunan dalam kalendar pelancongan negeri bagi memastikan kelestarian sektor pelancongan berasaskan budaya terus diperkasakan,” katanya ketika berucap pada penutupan pesta berkenaan di Redeems Centre, Singai, semalam.

Tiong turut menekankan komitmen MOTAC menjadikan Bau sebagai antara destinasi pelancongan utama di Sarawak dengan mengetengahkan sejarah perlombongan emas serta identiti unik komuniti Bidayuh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata festival berkenaan mencerminkan semangat gotong-royong masyarakat Bau dalam menjayakan acara berskala besar.

“Konsep Ja’ te’ samah neg ngumak rami (Mari kita bersama-sama memeriahkannya atau membawa maksud konsep kesatuan, kebersamaan, dan kegembiraan kolektif) menjadi teras kepada usaha menyatupadukan masyarakat dalam memeriahkan pesta tersebut,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda