Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Integriti, Kecemerlangan Pemacu Tadbir Urus Profesional

By 10 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)/UKAS

SRI AMAN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam perlu diperkukuhkan dengan penghayatan nilai integriti bagi memastikan tadbir urus kerajaan kekal telus dan profesional.

Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata integriti merupakan nilai sejagat yang menjadi teras dalam setiap agama termasuk aspek kejujuran, amanah dan tanggungjawab terhadap masyarakat.

“Nilai tersebut perlu diterjemahkan dalam budaya kerja harian penjawat awam agar setiap keputusan, tindakan dan penyampaian perkhidmatan dilaksanakan secara beretika, adil dan berakauntabiliti,” katanya ketika berucap dalam Program Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Sri Aman 2026 di Dewan Suarah Sri Aman, kelmarin.

Program bertemakan Building High Performing and High Integrity Culture itu menghimpunkan seramai 166 peserta daripada seluruh Pentadbiran Bahagian Sri Aman.

Menurut Mahra, setiap agama dan kepercayaan menekankan kepentingan amanah supaya perkhidmatan yang diberikan sentiasa berpaksikan kepentingan rakyat.

Mahra menjelaskan pembudayaan integriti amat penting dalam menyokong agenda transformasi Sarawak ke arah negeri maju menjelang 2030.

-RJ-

Tinggalkan komen anda