Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Community Care Perkasa Gaya Hidup Sihat Masyarakat

By 9 Mei 2026Mei 11th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim (Pendang)

PENDANG, 9 Mei (MalaysiaAktif) – Program Community Care bertemakan Ayuh Peduli, Harmoni Bersama anjuran Majlis Daerah Pendang dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta daerah ini berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat di Stadium Mini Pendang, hari ini.

Program yang dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu memberi fokus kepada keprihatinan terhadap kesihatan awam, serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara 2026.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pameran agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan dan taklimat kesihatan, pendermaan darah, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan serta pelbagai acara sukan seperti senam robik, larian sihat dan pertandingan bola sepak.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pengurusan Tanah), Muhammad Hamdi Abdullah Zawawi, program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan melalui Dasar Komuniti Negara yang diperkenalkan bagi memperkukuh pembangunan komuniti yang inklusif, sejahtera dan mampan melalui penglibatan aktif masyarakat serta kerjasama antara kerajaan, swasta dan komuniti setempat.

“Penglibatan masyarakat dalam program yang dianjurkan dapat memperkukuh semangat kerjasama, memupuk perpaduan serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kesejahteraan komuniti setempat.

“Semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia disaran mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman dan program sukan yang dianjurkan bagi meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan diri,” katanya.

Beliau turut menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia agar mengamalkan gaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman dan program sukan bagi meningkatkan tahap kesihatan serta kesejahteraan diri.

Turut hadir memeriahkan program, Ketua Penolong Setiausaha KPKT, Nurul Aini Ibrahim serta Pegawai Belia dan Sukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Natrah Esa.

-AA-

Tinggalkan komen anda