Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Selera Warisan Tempatan Tarikan Unik Pelancongan Bentong

By 14 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aifaa Syafiq (Bentong)

BENTONG, 14 Mei (MalaysiaAktif) – Kepelbagaian makanan tradisional kini menjadi identiti ikonik yang memperkukuh kedudukan daerah Bentong sebagai destinasi tumpuan pelancong di negeri ini.

Keunikan hidangan warisan seperti lemang dan rendang yang dikekalkan kualitinya bukan sahaja memikat selera pengunjung, malah menjadi pemangkin kepada ekonomi setempat.

Pemilik Lemang To’Ki, Mazlan Ramli, 64, yakin bahawa tarikan makanan mempunyai pengaruh besar dalam usaha menarik pelancong luar untuk meneroka keindahan yang ada di sekitar Bentong.

“Kita melihat elemen makanan tradisional ini sebagai satu daya tarikan. Apabila orang luar datang untuk mencari hidangan asli, mereka secara tidak langsung akan melawat tempat-tempat menarik lain di sekitar daerah ini.

“Kehadiran pelancong ini memberi manfaat kepada rantaian ekonomi yang lebih luas, termasuk kepada pengusaha inap desa dan peniaga kecil lain,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif di Laman To’Ki, di sini semalam.

Trend pelancongan berasaskan makanan ini dilihat terus konsisten apabila premis yang mempunyai identiti setempat sering menjadi tular di media sosial sehingga meningkatkan profil daerah.

Inisiatif komuniti peniaga dalam mengekalkan warisan makanan tempatan ini juga secara tidak langsung membantu memacu pertumbuhan ekonomi daerah yang lebih mampan.

-RI

Tinggalkan komen anda