Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Meriahkan Sukan Rakyat Kampung Bantal

By 18 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran/Mohd Jefry (Jerantut)

JERANTUT, 18 Mei (MalaysiaAktif) – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke program sukan rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, di sini, Jumaat lepas.

Keberangkatan Baginda turut diiringi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Program yang berlangsung meriah itu menghimpunkan penduduk setempat bersama kakitangan pelbagai agensi kerajaan dalam usaha mengeratkan hubungan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Antara acara yang diadakan ialah pertandingan tarik tali, belon kasih sayang dan aktiviti mengutip gula-gula bagi kanak-kanak yang menceriakan suasana program.

Tumpuan utama program terarah kepada pertandingan tarik tali yang disaksikan sendiri oleh Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang melibatkan penyertaan kakitangan jabatan kerajaan sekitar Jerantut serta penduduk kampung sekitar Ulu Tembeling.

Salah seorang peserta pertandingan, Muhammad Syazwan Shahrun, 38, menzahirkan keterujaan yang luar biasa bagi penyertaan kali ini.

“Pertandingan ini menjadi amat bermakna dengan kehadiran Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

-AA-

Tinggalkan komen anda