Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Peniaga Semangat Sambut Bulan Kebangsaan Negara

By 10 September 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Rata-rata peniaga di sekitar Seberang Takir yang ditemui ketika Kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 di sini teruja dan bersemangat meraikannya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun kedua dalam norma baharu ini sedikit berbeza dengan sambutan sebelum negara mengalami pandemik COVID-19.

“Sambutan pada kali ini disambut dengan keadaan yang berbeza iaitu di dalam norma baharu dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP), termasuk memakai pelitup muka, tidak berkumpul hingga mengabaikan penjarakan fizikal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menerima Kit Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 sebagai tanda pelancaran program.

Ahmad Razif (dua dari kanan) menerima Kit Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 sebagai tanda pelancaran program.

“Sambutan Bulan Kebangsaan kali ini diharapkan bukan sahaja dapat menyuntik semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia malah bersama-sama bersoladariti untuk keluar daripada krisis pandemik COVID-19 dengan berlandaskan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’,” katanya selepas melancarkan program Sepakat@Komuniti, Kempen sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 Peringkat Daerah Kuala Nerus di Pasar Seberang Takir, di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil peluang mengucapkan penghargaan kepada Ahli Jawatan Kuasa (AJK) yang terlibat dalam menjayakan dan memastikan sambutan pada kali ini meriah dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Bagi peniaga buah-buahan, Ahmad Azmi Mustafa, 30, berkata beliau tidak menyangka akan terlibat dalam Sambutan Kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia di sini kerana merasakan tiada sambutan dibuat kerana pandemik COVID-19.

Ahmad Azmi, 30 begitu teruja sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dilaksanakan di kawasan pasar.

Ahmad Azmi begitu teruja sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 dilaksanakan di lokasinya berniaga.

“Saya begitu teruja apabila dimaklumkan bahawa para peniaga akan bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan kebangsaan 2021 hari ini.

“Meskipun begitu, kami sentiasa diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

Bagi peniaga sayur-sayuran, Salmah Ali, 50, beliau berasa gembira dan bersemangat mengibarkan Jalur Gemilang di kedainya sepanjang Bulan Kebangsaaan 2021.

Salmah Ali akan memastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan di kedainya sebagai tanda cintakan negara.

Salmah Ali akan memastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan di kedainya sebagai tanda cintakan negara.

“Setiap rakyat di negara ini perlu mewujudkan semangat cintakan negara, meskipun sekadar mengibarkan Jalur Gemilang kerana Jalur Gemilang adalah lambang kemegahan negara tercinta ini.

“Saya menjadi bertambah semangat apabila diagihkan bendera dan bunting berkaitan Sambutan Hari Kebangsaan Negara dan saya akan pastikan bendera berkenaan terus berkibar megah di kedai saya,” katanya dengan penuh semangat.

Sementara itu, pengunjung pasar, Norma Mohd Noor, 54, berkata beliau teruja dan terkejut apabila sebaik sahaja sampai di pasar untuk membeli barangan mendengar lagu Jalur Gemilang berkumandang dan diberikan bendera tangan untuk dikibarkan.

Norma Mohd teruja dan turut bersama jayakan program ketika mengunjungi pasar untuk membeli barangan.

Norma Mohd teruja dan turut bersama jayakan program ketika mengunjungi pasar untuk membeli barangan.

“Saya tertarik untuk bersama-sama menjayakan sambutan dan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang program berlangsung di pasar ini,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda