Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Komuniti@PMR Dekati Warga PAWE

By 30 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafizul Adzhari/Muhammad Shafiq Noor Aziz (Alor Gajah)

REMBIA, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah menganjurkan program Komuniti@PMR bersama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Alor Gajah secara dalam talian bagi meraikan golongan tersebut.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan turut menyampaikan sedikit ceramah yang bertajuk “Jiwa Merdeka” menceritakan tentang pengorbanan pahlawan Negara dalam mempertahankan tanah melayu dari dijajah oleh pendatang.

“Memahami erti perjuangan kemerdekaan itu penting supaya apa yang dikecapi hari ini dapat diteruskan hingga ke anak cucu kita, sejarah dapat menjadi benteng dan pengajaran buat masa akan datang,” ujar Salina selepas program di pejabatnya, di sini baru-baru ini.

Program yang berlangsung secara atas talian.

Program yang berlangsung secara atas talian.

Manakala Pengerusi PAWE Rohayah Abu, program seperti ini seharusnya diteruskan lagi pada masa akan datang untuk terus mendekatkan diri dengan dengan golongan belia terutama generasi baharu.

“Saya bersyukur program ini dapat diteruskan walaupun dengan keadaan pandemik ini kita tidak dapat untuk meneruskan program secara bersemuka dan saya berharap agar program seperti ini dapat dijalankan supaya kami dari warga PAWE dapat terus mendekatkan diri dengan anak-anak muda pada masa akan datang” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda