Skip to main content
Berita TimurTerengganu

NGO Sumbang Pelindung Muka Kepada Peniaga Di Pasar Besar Dungun

By 1 Oktober 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 1 Okt (Malaysiaaktif)– Sebanyak 400 pelindung dan pelitup muka disumbangankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Abu Hurairah Initiative kepada peniaga di Pasar Besar Dungun.

Simbolik penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Wan Hapandi berterima kasih kepada NGO yang berusaha mengurangkan jangkitan COVID-19 dalam komuniti dan berharap agar semua pihak akan bekerjasama untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.

Peniaga Di Pasar Besar Dungun menerima sumbangan dari Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang.

Peniaga di Pasar Besar Dungun menerima sumbangan dari Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang.

“Agensi kerajaan telah mengambil berbagai insiatif dalam program-program dengan tujuan mengurangkan jangkitan COVID-19 dan masyarakat juga perlu berusaha bersama dengan pematuhan arahan, melaksanakan ibadah dan solat hajat kerana sudah hampir dua tahun kita berdepan dengan wabak ini serta sama-sama berdoa ianya akan berakhir.

“Pasar Besar Dungun antara kawasan tumpuan di daerah ini dan pernah diarahkan tutup bagi mengelakkan penularan wabak dan kluster COVID-19,” katanya yang ditemui sempena serahan tersebut, di sini semalam.

Usaha bersama NGO dalam memastikan peniaga di Pasar Besar Dungun mengamalkan SOP.

Usaha bersama NGO dalam memastikan peniaga di Pasar Besar Dungun mengamalkan SOP.

Tambah Wan Hapandi, kebimbangan masyarakat terhadap penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar kepada peniaga di situ kerana ketiadaan pelanggan.

“Sumbangan ini antara inisiatif yang dilakukan bagi memastikan peniaga di sini sentiasa mengamalkan pembudayaan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Peniaga ikan, Azilawati Mamat, 48, berkata selain peniaga, pengunjung yang datang ke pasar perlu juga memastikan SOP diikuti dan dipatuhi seperti tidak berada dalam jarak yang dekat semasa aktiviti perniagaan dijalankan.

Azilawati Mamat, peniaga ikan berharap pengunjung yang datang ke pasar mematuhi SOP yang ditetapkan.

Azilawati berharap pengunjung yang datang ke pasar mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Pelitup separuh muka dan pelindung muka mesti dipakai dengan cara yang betul dan sentiasa memastikan kebersihan diutamakan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Cawangan Dungun, Mariam Abdullah,57, berkata peniaga memang berisiko tinggi kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

Mariam Abdullah berkata golongan peniaga berisiko tinggi dengan jangkitan kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

Golongan peniaga berisiko tinggi dengan jangkitan kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai – Mariam.

“Penggunaan aplikasi MySejahtera adalah sangat penting bagi pemantauan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerjasama antara semua pihak dapat membantu memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung di pasar ini dalam keadaan yang selamat,” katanya.

Peniaga, Alias Ismail, 76, berharap keadaan akan kembali pulih dan dapat berniaga dalam keadaan tenang dan selamat.

Mariam Abdullah berkata golongan peniaga berisiko tinggi dengan jangkitan kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

Mariam Abdullah berkata golongan peniaga berisiko tinggi dengan jangkitan kerana sentiasa berhadapan dengan orang ramai.

-ii-

Tinggalkan komen anda