Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Hebahan Guna Loghat Daerah

By 21 Oktober 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Seiring dengan usaha untuk menerangkan peralihan fasa pandemik kepada endemik dengan lebih efektif, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah mengambil pendekatan menggunakan loghat tempatan untuk menyampaikannya mesej tersebut secara santai melalui van bergerak jabatan tersebut.

Hebahan yang menggunakan tona suara dan perkataan yang mengambarkan identiti dialek Kuala Pilah disampaikan sendiri oleh anak jati Kuala Pilah iaitu Hamidah Md Drus yang juga Pembantu Penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah.

Menurut Hamidah, penggunaan dialek tempatan tercetus apabila keputusan rentas negeri diumumkan oleh Perdana Menteri dan sebagai usaha untuk memudahkan masyarakat setempat memahami kandungan hebahan dalam cara perbualan harian.

“Pengisian hebahan turut berkaitan meliputi prosedur operasi standard (SOP) penilaian kendiri iaitu TRIIS yang turut disampaikan kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas program Info On Wheels di Daerah Kuala Pilah, kelmarin.

Tambahnya lagi, pengunaan loghat tempatan melalui van bergerak Jabatan Penerangan itu dilihat berjaya menarik perhatian penduduk yang berada di rumah.

“Di sini, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah melakukan hebahan tersebut pada setiap hari dan pihak kami juga sering menjadi tempat pertanyaan penduduk mengenai pelbagai perkara terutamanya hal berkaitan penilaian kendiri, konsep Keluarga Malaysia dan sebagainya kepada mereka.

“Hebahan sebegini juga penting bagi memberi penerangan kepada penduduk yang terlibat supaya mereka tahu mengenai keadaan semasa dan memastikan masyarakat sentiasa mendapat maklumat sahih dan tepat,” katanya lagi.

 Edaran risalah dan sesi penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah.

Edaran risalah dan sesi penerangan oleh Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah.

Sejajar dengan kebenaran rentas negeri ini, hebahan tersebut turut dilakukan di kawasan yang sering menjadi tumpuan masyarakat setempat dan luar seperti di Taman Eco Ulu Bendol, Medan Selera Terbuka Kuala Pilah, Kabin Pangkin dan Pusat Perniagaan Melang.

-FF

Tinggalkan komen anda