
Laporan/Foto : Muhammad Naim
JEMPOL, 11 Feb (Malaysiaaktif)- Program Jualan Keluarga Malaysia Parlimen Jempol telah di adakan di dataran Felda Serting Hilir Kompleks yang berlangsung semalam bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang dilihat ramai warga felda yang hadir bagi merebut peluang bagi membeli barang keperluan yang murah.
Ahli Parlimen Jempol Dato Seri Haji Mohd Salim Sariff turut meyumbangkan peruntukan seratus ribu bagi membangunkan perkarangan dataran Felda Serting Hilir Kompleks bagi memudahkan para usahawan di kawasan felda untuk berniaga dan dalam masa yang sama menjadi salah satu tempat tumpuan di kawasan Jempol.
-ZS-