Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tiga Individu Dikompaun Langgar SOP Bazar Ramadan

By 14 April 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Andi Abdul Rohim (Perak)

SITIAWAN, 14 April (Malaysiaaktif) – Tiga orang pengunjung Ā bazar Ramadan Taman Padang Astaka di sini telah dikompaun atas kesalahan tidak mengimbas kod MySejahtera sebelum memasuki kawasan bazar, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Noor Omar Sappi, pihaknya telah menjalankan operasi dan pemantauan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar tersebut.

ā€œOrang ramai yang datang ke bazar Ramadan perlu mengimbas kod MySejahtera sebagai langkah untuk mengesan jika berlakunya jangkitan COVID-19 di bazar Ramadan.

ā€œKetua Polis Perak juga sangat memandang berat terhadap pematuhan SOP di bazar Ramadan seluruh Perak dan menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengimbas MySejahtera,ā€ katanya.

Turut bersama dalam operasi tersebut adalah Majlis Keselamatan Negara Perak, Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Majlis Perbandaran Manjung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda