
Laporan/foto: Suriani Ghazali (Perak Tengah)
PARIT, 29 Jul (Malaysiaaktif) ā Usaha penjagaan denai-denai yang mengalir ke Sungai Perak merupakan salah satu daripada mekanisme kawalan pencemaran sungai dan risiko banjir yang telah ditetapkan oleh kerajaan Negeri Perak.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Datuk Haji Mohd Zolkafly Harun berkata, ia merupakan inisiatif baharu yang ditetapkan di dalam Pelan Perak Sejahtera 2030.
āMemetik kata-kata penulis dari India, Amit Kalantri, āA river doesnāt just carry water, it carries lifeā menunjukkan bahawa usaha kelestarian sumber air dan keindahan sungai perlu terus dipergiat demi kesejahteraan hidup kita bersama.
āBesar harapan saya agar semua pihak berganding bahu bagi menjayakan program ini,ā katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Denai Cempakasari@Belanja di Dewan Terbuka Parit, di sini semalam.
-ZS-