Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PM Umumkan Peruntukan Tambahan kepada SEMADAH

By 20 Mei 2023Jun 1st, 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)

REMBAU, 20Ā Mei (Malaysiaaktif) ā€“ Lawatan Perdana Menteri DatukĀ Seri Anwar Ibrahim ke Sekolah Menengah KebangsaanĀ Agama Datoā€™ Haji Abu Hassan Haji Sail (SEMADAH) di sini semalamĀ memberi nafas lega kepada warga SEMADAH.

Lawatan ini bertujuan untuk memahami situasi sebenar mengenai tragedi kebakaran melibatkan aras atas blok asrama lelaki yang berlaku pada 31 Julai tahun lalu.

ā€œMelihatkan keadaan yang kurang mencukupi, peruntukan tambahan diperuntukkan sebanyak RM3.89 juta kepada SEMADAH. Selain itu, sebanyak RM310,000Ā peruntukkan tambahan juga diberikan bagi keperluan pembaikan bilik guru dan surau.

ā€œMaka dengan pengumuman kemudahan tambahan ini, saya percaya sekolah ini akan muncul sekolah cemerlang dan dijadikan sekolah contoh bagaimana kita kendalikan anak-anak kita,ā€ kata beliau dalam ucapan program lawatan ini.

Lawatan Perdana Menteri ini juga merupakan satu inisiatif murni atas keperihatinan dan empati beliauĀ dalam memastikan keselamatan dan keharmonian pelajar dan warga sekolah terjamin.

Turut mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ini ialah Menteri Besar Negeri Sembilan DatukĀ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Rembau DatukĀ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan ChembongĀ DatukĀ Haji Zaifulbahri Haji Idris.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda