
Oleh : Sharifah Ithnin / M Zakri Chan (Melaka)
MELAKA, 1 Jun (Malaysiaktif) – Komuniti 1Malaysia(K1M) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah dan JAPERUN Banda Hilir telah sepakat melaksanakan Pertandingan Bowling Keluarga Komuniti 1Malaysia DUN Banda Hilir yang telah diadakan di MIBC Ayer Keroh, semalam.
Program ini adalah julung kali diadakan di peringkat komuniti ini di bawah kepimpinan pengerusi dan ahli jawatankuasa baharu, tidak lain tidak bukan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli jawatankuasa K1M dan Jabatan Penerangan (JaPen).
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JaPen Melaka, Lim Ann Teck. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga kerana K1M dapat melaksanakan aktiviti yang sebegini dan turut memaklumkan bahawa pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan di peringkat komuniti selain aktiviti bermain bowling.
Pengerusi Komuniti 1Malaysia DUN Banda Hilir, Haji Abu Bakar Bin Shawkat Ali merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada JaPen kerana tidak putus-putus menyokong aktiviti yang dilaksanakan oleh K1M.
Program ini telah berjaya menarik seramai 70 orang peserta menyertai pertandingan ini dan peserta yang berjaya membawa pulang hadiah berupa barangan elektrik.
Turut hadir dalam program ini adalah Pengerusi Permuafakatan K1M Daerah Melaka Tengah, Razali Bin Yasin.
-SH