
Oleh : Rosli Hussain (Melaka)
MELAKA, 1 Jun (Malaysiaktif) – Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjong, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar, Program Aspresiasi Alam dan Jati Diri ke Sungai Lembing, Pahang selama 2 hari berakhir semalam.
Tujuan program ini dilaksanakan selain menanam semangat jati diri dikalangan peserta yang terdiri dari pelajar Tingkatan Enam Atas, ia juga memberi pendedahan dengan lebih mendalam mengenai alam sekitar serta memikirkan langkah-langkah inovasi untuk pemuliharaanya.
Antara tempat menarik yang dilawati peserta program ini ialah menyusuri sejarah Sungai Lembing yag mana satu ketika dahulu ia merupakan lombong terpanjang dan terdalam di dunia.
Selain itu peserta juga dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Bukit Panorama untuk menghayati keindahan alam air, matahari terbit juga air terjun di Rainbow Waterfall.
Peserta juga diberi penerangan perlunya jati diri di kalangan mereka untuk memastikan alam sekitar dan sejarah Sungai Lembing terus di kekalkan untuk di nikmati generasi yang akan datang.
Menurut salah seorang pelajar yang turut serta dalam program ini, Mohd Nasrul Haq Mohamad,19, menyatakan rasa gembira di beri peluang untuk turut serta dalam program ini yang memberi pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermakna buat beliau sebagai seorang pelajar.
“Saya juga berharap agar aktiviti yang dijalankan bersama Kelab 1Malaysia dan sekolah ini dapat diteruskan kerana ia merupakan aktiviti yang amat bermakna buat pelajar sebelum melangkah keluar dari alam persekolahan,” ujarnya.
Seramai 40 orang peserta termasuk 6 orang guru dan Penyelaras Kelab 1Malaysia sekolah menyertai program ini.
-SH