Skip to main content
HomeViral

Sultan Kelantan Prihatin Keluarga Orang Asli Hilang Anak

By 9 September 2015September 11th, 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh Syed Hisham Shah (Gua Musang)

GUA MUSANG, 9 Sept (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) hari ini turun padang melihat perkembangan operasi pencarian tujuh kanak-kanak hilang di Pusat Gerakan Operasi di SK Tohoi siang tadi.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Haji Serpudin Mohamad yang mewakili Sultan Kelantan selaku Yang Dipertuanya turun bertemu dengan waris mangsa menyampaikan keprihatinan Tuanku Sultan terhadap apa yang berlaku.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra juga berkenan menyampaikan sedikit sumbangan kepada waris mangsa dalam pertemuan tersebut.

Tinggalkan komen anda