
Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Mengikut hasil kajian fastasia.org, 82 peratus perokok dewasa di Malaysia menganggap e-rokok(rokok elektronik) satu alternatif positif kepada perokok, sementara 87 peratus mempertimbangkan pilihan bertukar kepada e-rokok jika memenuhi piawaian berkualiti.
Dalam padfa itu, 85 peratus pula menyatakan satu kesilapan bagi kerajaan menghalang atau melengahkan proses membenarkan alternatif kurang bahaya berbanding rokok asal.
Menurut pakar kardiologi Dr. Konstantinos Farsalinos, e-rokok terbukti mempunyai ciri-ciri unik yang dapat mengurangkan penggunaan tembakau yang bahaya dalam rokok.
Tambahnya, satu skim peraturan khusus diperlukan untuk e-rokok yang ternyata berbeza daripada peraturan produk tembakau atau perubatan.
Dr. Farsalinos yang telah menjalankan banyak kajian tentang e-rokok kini tampil dengan kertas terkini bertajuk Peraturan Menghadapi Ketidaktentuan: Bukti Terhadap Sistem Penghantaran Nikotin Elektronik (e-rokok).
Beliau menyeru kewujudan satu skim peraturan baharu untuk e-rokok yang memastikan perokok dimaklumkan secara telus tentang bahaya berkaitan produk yang berbeza itu.
Beliau ditemui ketika sidang media berkenaan e-rokok anjuran factasia.org dan Malaysia MOVE (Malaysian Organisation of Vape Entity) di Hotel Concorde semalam.