Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Semarakkan Semangat Patriotisme Melalui Program Bersemuka

By 22 Ogos 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Musliha Yusof/Rabiaton Adawiyah Ahmed Tajuddin (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia semakin teruja dalam menggelorakan sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut beberapa hari lagi.

Jabatan Penerangan Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan semasa program MyMerdeka Sayangi Malaysiaku :  Malaysia Bersih di Mydin Mutiara Rini, di sini, hari ini.

Program ini mampu mengeratkan hubungan dua hala antara jabatan kerajaan dengan agensi swasta terutamanya dalam menjalinkan kerjasama strategik kedua-dua belah pihak.


Dzulkefly mengajak orang ramai bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Dzulkefly mengajak orang ramai bersama-sama menyemarakkan semangat kemerdekaan.

Pengerusi Perumahan, Komunikasi & Multimedia Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad dalam ucapan perasmiannya berkata, “Kerjasama daripada semua jabatan dan agensi pada hari ini membuktikan bahawa komunikasi dua hala masih menjadi satu medium yang paling berkesan dalam menyebarkan maklumat yang mana kita telah diamanahkan untuk mendukung falsafah aspirasi dan matlamat negara untuk mengekalkan keharmonian rakyat dan terus maju.”

Kai Lin, 16, menyatakan perasaan bangga menjadi anak Malaysia dan akan mengukuhkan semangat cintakan negara serta menjaga sensitiviti kaum demi mencapai perpaduan bersama.

Kai Lin (kanan) berasa bangga menjadi anak Malaysia.

Kai Lin (kanan) berasa bangga menjadi anak Malaysia.

“Saya gembira dengan usaha yang diadakan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan masyarakat di sini yang berbilang kaum,” katanya.

Strategi sebegini mampu mendekatkan dan memupuk jalinan mesra antara rakyat, agensi kerajaan dan pihak swasta dalam menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan yang disambut pada bulan Ogos sehingga 16 September setiap tahun.

Komunikasi bersemuka  merupakan medium yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat.

Komunikasi bersemuka merupakan medium yang paling berkesan dalam penyebaran maklumat.

Beliau turut menekankan betapa pada hari ini ledakan teknologi telah menyebabkan lambakan maklumat dan sukar dikenal pasti sama ada ia benar-benar sahih atau palsu dan betapa mudahnya orang ramai dikaburi dengan propaganda palsu yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dzulkefly juga turut mengajak semua yang hadir pada hari ini agar bersedia dengan sambutan Tahun Melawat Johor dan Sukan Malaysia (SUKMA ke-20) yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Program dua hala mampu menjalinkan kerjasama strategik yang berkesan.

Program dua hala mampu menjalinkan kerjasama strategik yang berkesan.

“Kerajaan Negeri Johor sentiasa membuat penambahbaikan bagi destinasi pelancongan dan menjenamakan semula produk-produk pelancongan,” ujarnya.

Tambahan lagi negeri ini mempunyai 10 daerah yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan yang mana akan menjanjikan kelainan kepada pengunjung,” ujarnya lagi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd. Sukari Abdul Hamid.

-NI-

Tinggalkan komen anda