Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Merdeka@Komuniti Wadah Perpaduan Rakyat

By 18 September 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Halimah Abd. Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM 18 Sep (Malaysiaaktif) – Mengambil peluang bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September yang lepas, Komuniti Harapan Malaysia (KHM) Alma telah menganjurkan Program Merdeka@Komuniti bertempat di Padang Awam Taman Markisah pada pagi tadi.

Program yang dihadiri kira-kira 200 orang itu dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.  Ianya merupakan program bersama yng dijayakan oleh KHM Alma bersama Rukun Tetangga Taman Taman Markisah, Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk dan MPKK Taman Sukun.

Antara aktiviti yang diselitkan sepanjang program berlangsung ialah pertandingan mewarna kanak-kanak terdiri daripada tiga kategori umur, pertandingan sukaneka  yang melibatkan ibubapa dan kanak-kanak, zumba dan pameran agensi kerajaan seperti Pusat Urus Zakat, Perpustakaan dan Jabatan Penerangan.

Zumba - salah satu daripada slot pengisian program

Zumba – salah satu daripada slot pengisian program

Menurut Ahli Jawatankuasa KHM Alma, Mohd Narizan Abd Manap berkata “Program ini adalah merupakan program pertama seumpama ini dilaksanakan di kawasan perumahan Taman Markisah dan beliau sendiri tidak menjangka ianya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk.”

Sementara itu,  Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M. Sulanah dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa penganjuran program ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan semangat patriotik di kalangan setiap warga negara tidak mengira lapisan umur. Selain itu, adalah menjadi harapan jabatan agar dapat meningkatkan semangat perpaduan di kalangan semua melalui program-program yang dianjurkan dan Komuniti Harapan Malaysia merupakan entiti yang penting dalam merealisasikan hasrat tersebut.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M. Sulanah yang hadir merasmikan program

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Lizza Imelia M. Sulanah yang hadir merasmikan program

Hadir sama pada program ini ialah Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah, Suria binti Baharum.

-II-

Tinggalkan komen anda