Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

IoW Meriah Sempena Fiesta Sepak Takraw (Terbuka) Piala Dr. Afif Bahardin

By 11 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohd Noor (Seberang Perai Tengah)

PERMATANG PAUH, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) terus mempergiatkan aktiviti  Info on Wheels (IoW) #TeamSPT dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat sekeliling mengenai inisiatif-inisiatif yang dirangka oleh kerajaan.

Edisi IOW kali ini bersempena Fiesta Sepak Takraw (Terbuka) Piala Dr Afif Bahardin di mana Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah telah berkolaborasi bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Komuniti Harapan Malaysia Seberang Jaya Maju Bersama (KHM SJMB) dan Kelab AMK Takraw Judges.

Sebahagian pengunjung Mydin Mall Bukit Mertajam yang mendapatkan perkhidmatan kaunter Info On Wheel (IOW) Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah

Sebahagian pengunjung Mydin Mall Bukit Mertajam yang mendapatkan perkhidmatan kaunter Info on Wheel (IoW) Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah.

Menurut Pengerusi KHM SJMB Hafizi Halim, kumpulan sasaran  terus dikenal pasti dalam menyampaikan kempen mengenai Peka B40, MySalam, i-suri, e-Tunai Rakyat agar maklumat ini sampai secara terus kepada masyarakat setempat.

“Turut diuar-uarkan langkah-langkah pencegahan wabak Novel Koronavirus yang melanda dunia serta kempen QR Code #QR4Info yang terus membawa pengguna ke laman rasmi Facebook Jabatan Penerangan Pulau Pinang sebagai salah satu usaha menyebarluaskan maklumat.

“Pada masa kini semua maklumat berada di hujung jari, namun kesahihan maklumat perlu dititik beratkan dan ini menjadi tanggungjawab serta peranan Jabatan Penerangan Malaysia dalam usaha memasarkan maklumat yang tepat dan terkini,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Hafizi Halim pengerusi KHM turut sama membantu menyebarluaskan inisiatif-inisiatif Kerajaan.

Hafizi Halim pengerusi KHM turut sama membantu menyebarluaskan inisiatif-inisiatif kerajaan.

Menurut Mohd Khairul Ismail, beliau cuba membawa kelainan bagi program Fiesta Sepak Takraw kali ini dan tidak menjangka ia mendapat sambutan yang luar biasa dengan penyertaan 32 pasukan bukan sahaja dari Pulau Pinang dan melibatkan atlit-atlit sukan Sepak Takraw Kebangsaan.

“Kehadiran IOW #TEAMSPT telah memeriahkan lagi fiesta ini yang julung-julung kali diadakan yang melihatkan pengunjung juga berpeluang untuk dapat maklumat dan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia secara percuma.

Pasukan DFZ dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan

Pasukan DFZ dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dalam menjayakan program pada kali ini dan berharap program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda