
PUTRAJAYA, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Berikut senarai penafian berita tular di media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.
1. Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pembayaran melalui kad dibekukan bagi perniagaan non-essentials mulai 27 Mac sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
2. Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan tentang penggunaan wad di hospital berkenaan bagi menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 walaupun telah diwartakan sebagai hospital saringan dan untuk pesakit non COVID-19.
3. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan posting berkaitan penjualan pakaian bundle milik orang yang telah meninggal dunia akibat COVID-19
— BERNAMA