Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Pasukan Bantuan Bencana COVID-19 Santuni Penduduk

By 2 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Pasukan Bantuan Bencana COVID-19 sedang giat menyantuni penduduk di Pekan Kertih dan Kemasik.

Kerjasama dan tanggungjawab ini digalas antara individu perseorangan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pengurusan Masjid, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Pasukan Bantuan Bencana COVID-19 Sedang menyusun barang bantuan untuk diagihkan.

Pasukan Bantuan Bencana COVID-19 Sedang menyusun barang bantuan untuk diagihkan.

Menurut Mohd Hafiz Mohd Arifin, 31, seorang sukarelawan bantuan COVID-19, fokus bantuan ini disalurkan kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, golongan berpendapatan rendah, mualaf, cacat anggota badan, hilang mata pencarian, ahli keluarga sakit dan seumpama dengannya.

“Kami hanya memberi bantuan makanan asas beras, gula, telur, minyak dan beberapa barang lain,” jelasnya.

Keperluan asas yang telah dibungkus disusun rapi untuk memudahkan urusan pengagihan.

Keperluan asas yang telah dibungkus disusun rapi untuk memudahkan urusan pengagihan.

Pihak Pengurusan Masjid dan pihak MPKK juga tidak berkecuali untuk bekerjasama dalam serahan bantuan barang dapur kepada penduduk di sekitar.

Hanafi Abdullah, 50, penduduk di Pekan Kertih, salah seorang penerima bantuan tersebut berkata, dia bersyukur dengan adanya bantuan seperti ini, setiap sumbangan sama ada besar atau kecil adalah amat bermakna bagi penduduk yang memerlukannya memandangkan kerajaan telah melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April 2020.

Menurut Fatimah Halim, 42, suri rumah, dia berterima kasih kepada para penyumbang bantuan COVID-19.

Fatimah Halim, 42, suri rumah antara penerima bantuan.

Fatimah Halim, 42, suri rumah antara penerima bantuan.

“Semoga penduduk dapat menggunakan barang-barang bantuan dengan berhemah,” katanya.

Hampir seluruh pelusuk Kertih dan Kemasik akan ada kumpulan yang menghulurkan bantuan barangan harian kepada penduduk setempat.

Penduduk beratur mengikut saranan penjarakan selamat 1 meter ketika mengambil bantuan keperluan asas.

Penduduk beratur mengikut saranan penjarakan selamat 1 meter ketika mengambil bantuan keperluan asas.

Pematuhan perintah kawalan pergerakan turut diamalkan apabila penjarakan selamat satu meter telah dilakukan oleh pihak sukarelawan dan penduduk kampung sebelum agihan dilakukan selain dari topeng muka yang juga dipakai.

Tinggalkan komen anda