Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

‘Chithirai’ Lebih Bermakna Bersama Keluarga

By 16 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL, 15 Apr (Malaysiaaktif) – Sambutan Tahun Baru Chithirai tahun ini disambut berbeza oleh penganut agama Hindu di seluruh negara susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurut Mantan Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Dr L. Krishnan, masyarakat Hindu disarankan agar menyambut tahun baru tersebut bersama keluarga.

”Kebiasaannya kita tidak berpeluang untuk meraikan Tahun Baru Chithirai dan Vishu (Tahun Baru bagi  kaum  etnik Malayalam) kerana ia tidak diisytiharkan sebagai cuti umum rasmi, jadi pada tahun ini kita berpeluang untuk menyambut bersama ahli keluarga,” jelasnya ketika menyampaikan sumbangan barangan keperluan dan perbelanjaan kepada lebih 50 keluarga yang kurang berkemampuan di Dewan Kuil Bahau, di sini pada Selasa.

Sami Hindu Kuil Sri Muthu Mariamman Bahau, Ramani Gurukkal, berkata pihaknya akan mengadakan upacara sembahyang sempena tahun baru tersebut tanpa kehadiran penganut daripada masyarakat setempat tetapi mereka akan mengadakan upacara  sembahyang bersama-sama di rumah masing-masing.

“Mengadakan upacara sembahyang bersama ahli keluarga memberi makna yang amat besar dan sama seperti bersembahyang di kuil, saya juga meminta agar masyarakat beragama Hindu mengadakan sembahyang hajat khas agar negara dan seluruh dunia bebas daripada wabak COVID-19,” ujarnya ketika ditemui.

Ramani turut menasihati masyarakat agar tidak mengadakan upacara keagaman di tempat awam sempena tahun baru ini bagi menghormati PKP yang diarahkan oleh pihak kerajaan.

-AK

Tinggalkan komen anda