Skip to main content
Berita TimurTerengganu

[KEMAS KINI] ‘Duit Raya’ Peneroka

By 20 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 sebanyak RM300 seorang kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam kategori B40.

Bantuan Khas itu membabitkan peruntukan sebanyak RM148 juta itu dapat meringankan beban warga agensi yang terbabit, terutamanya dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

Kerajaan juga mengambil maklum dengan kedudukan harga pasaran global komoditi seperti kelapa sawit dan getah yang kian merosot disebabkan penularan wabak COVID-19.

Menurut Wahab Hassan, 64, dari FELDA Kerteh 6, dia bersyukur dan gembira apabila mendengar pengumuman yang dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri pada 15 Mei lalu.

Wahab Hassan, 64 tahun, dari Felda Kerteh 6.

Wahab Hassan, 64 tahun, dari FELDA Kerteh 6.

“Kali ini semua peneroka B40 menerimanya, tambahan pula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai di kalangan peneroka tidak dapat ke ladang dan ini sedikit sebanyak menjejaskan sumber pendapatan mereka,” ujarnya.

Bagi Muda Mamat, 68 dari FELDA Kerteh 5 pula berkata kerajaan begitu prihatin dengan tekanan hidup dan kesusahan rakyat, khususnya peneroka FELDA, FELCRA dan pekebun kecil RISDA dalam menghadapi kemerosotan ekonomi akibat daripada pandemik COVID-19.

Muda Mamat, 68 tahun, dari Felda Kerteh 5.

Muda Mamat, 68 tahun, dari FELDA Kerteh 5.

Ngah Salleh, 70, dari FELCRA Seri Bandi pula berkata, dia gembira dan teruja dengan Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 yang diberikan ini.

“Bantuan ini dapat memberi peluang kepada saya untuk membuat persiapan dan membeli barang keperluan untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tiba,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda