Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sukarelawan Bantu Lebih 200 Penarik Beca dan Gelandangan

By 11 Februari 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: S.Shanmuganathan/R.Vikkneswaran (Timur Laut)

GEORGETOWN, 11 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang penarik beca dan gelandangan menerima bantuan makanan dan angpau sempena Sambutan Tahun Baru Cina daripada golongan sukarelawan.

Sukarelawan Andrew Teoh, 37, berkata bantuan ini disampaikan terutamanya kepada golongan penarik beca dan gelandangan yang terjejas mata pencarian akibat pandemik COVID-19.

“Mereka memerlukan bantuan pada ketika ini dalam meneruskan kehidupan mereka dan berharap bantuan seperti ini akan dapat meringankan beban mereka,” ujarnya.

Penarik beca Lattif Abdullah, 65, berkata dia juga kehilangan mata pencariannya walaupun dia telah mempunyai pengalaman selama 20 tahun sebagai penarik beca di sekitar Georgetown.

Sukarelawan mengedarkan makanan percuma dan angpow kepada golongan penarik beca dan gelandangan yang terjejas mata pencarian akibat pandemik COVID-19.

Sukarelawan mengedarkan makanan percuma dan angpau kepada golongan penarik beca dan gelandangan yang terjejas mata pencarian akibat pandemik COVID-19.

“Pendapatan saya terjejas kerana tiada pelancong sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

“Nasib baik setiap hari terdapat ramai sukarelawan mengedar makanan percuma kepada kami dan tidaklah lapar kebuluran,” katanya.

Tinjauan mendapati penerima bantuan berpusu-pusu ke tempat berkenaan bagi menerima makanan percuma sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya. Namun keadaan menjadi terkawal selepas pemantauan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjarakan fizikal dicapai.

-ii-

Tinggalkan komen anda