Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Masyarakat Sokong Kursus Selepas Berkahwin Dilaksanakan

By 22 Mac 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ali Imran Johari/Mohamad Afiq Ahmad Zaid (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Rata-rata orang ramai di sini menyokong cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya kursus selepas perkahwinan dilaksanakan yang mana turut meliputi kemahiran penjagaan anak.

 

Menurut seorang ibu tunggal Sumethi Ramachandran, 41, berkata cadangan berkenaan adalah satu cadangan yang bernas dan bertepatan dengan keadaan semasa ketika ini apabila jumlah perceraian kian meningkat saban tahun dalam kalangan rakyat.

“Pelbagai alasan diberikan setiap pasangan yang mahu bercerai dan kebanyakannya disebabkan tidak mempunyai ilmu rumah tangga yang cukup dan tidak matang ketika membuat keputusan untuk berpisah.

Sumethi Ramachandran, 41, mengharapkan dengan adanya kursus selepas berkahwin dapat memberi bimbingan secara berterusan kepada pasangan dalam melayari perkahwinan yang bahagia.

Sumethi (kanan) mengharapkan dengan adanya kursus selepas berkahwin dapat memberi bimbingan secara berterusan kepada pasangan dalam melayari perkahwinan yang bahagia.

“Dengan adanya kursus selepas perkahwinan dan ditambah lagi diberi modul pengetahuan berkaitan penjagaan anak, saya percaya medium ini sesuai dan dapat menyelamatkan daripada keruntuhan rumah tangga dalam masyarakat di negara ini,” katanya ketika ditemui di sekitar bandar sini, semalam.

Sementara itu, bagi Yushazwani Yusof, 28, yang kini telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, berkata beliau menyokong penuh hasrat kementerian berkenaan untuk melaksanakan kursus selepas perkahwinan kerana ia bakal menambah ilmu pengetahuan pasangan yang berkahwin bagi mengelakkan penceraian.

“Saya merasakan kursus sebelum perkahwinan tidak mencukupi untuk memastikan setiap pasangan yang berkahwinan melayari rumah tangga dengan bahagia dan aman damai, tanpa ilmu rumah tangga yang mencukupi dan berterusan nescaya pasangan tidak akan bahagia.

Yushazwani Yusof,28, menyokong penuh kursus selepas berkahwin dilaksanakan kepada semua pasangan yang telah berkahwin agar setiap pasangan tidak leka dan diberi kesedaran berkaitan cabaran di dalam rumah tangga.

Yushazwani menyokong penuh kursus selepas berkahwin dilaksanakan kepada semua pasangan yang telah berkahwin agar setiap pasangan tidak leka dan diberi kesedaran berkaitan cabaran di dalam rumah tangga.

“Bukan itu sahaja, ketika ini terlalu ramai pasangan muda menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan ilmu pengetahuan berkaitan rumahtangga, sekali gus menyebabkan keputusan untuk bercerai diambil secara tergesa-gesa,” kata Yushazwani.

Pegawai Farmasi, Salwa Abdul Razak, 26, berkata beliau yang masih bujang dan akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi merasakan kursus sebelum dan selepas perkahwinan adalah wajib dilaksanakan demi memastikan setiap individu bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang perkahwinan.

“Perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan saja, seharusnya golongan muda mempersiapkan diri dan memikirkan perkahwinan memerlukan kasih sayang, kebahagiaan, pengorbanan dan tanggungjawab.

Salwa Abdul Razak, 26, merasakan golongan muda perlu diberi ilmu berkaitan alam rumahtangga bagi memastikan dapat melayari rumahtangga yang dipenuhi dugaan dan cabaran pada masa kini.

Salwa merasakan golongan muda perlu diberi ilmu berkaitan alam rumahtangga bagi memastikan dapat melayari rumahtangga yang dipenuhi dugaan dan cabaran pada masa kini.

“Cabaran untuk mengekalkan perkahwinan ketika berkahwin pada usia muda bukanlah perkara yang mudah, oleh yang demikian, pasangan muda ini perlu diberi bimbingan dan ilmu pengetahuan berkaitan alam rumah tangga bagi memastikan rumah tangga tetap teguh terpelihara dan berjaya membimbing anak-anak kelak,” katanya.

Khamis lalu, melalui sebuah kenyataan media oleh kementerian berkenaan menyatakan bahawa akan mempertimbangkan untuk meluaskan syarat kursus selepas perkahwinan untuk semua bangsa dan agama kepada seluruh warganegara sebagai usaha menangani kadar keruntuhan rumahtangga yang semakin tinggi dalam kalangan masyarakat.

-ii-

Tinggalkan komen anda