Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiKedahSains & Teknologi

MyNic Bimbing Usahawan Manfaatkan Media Sosial

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh  Noor Syuhada Muhamad Yasin (Alor Setar)

ALOR SETAR, 28 Apr (Malaysiaaktif) — Perniagaan melalui media sosial dan Internet sesuatu yang perlu untuk meluaskan jangkauan pemasaran.

Ini antara sebab Siti Khodijah Murad dari Wang Tepus, Jitra menyertai Kursus Pengurusan Kepimpinan Komuniti 1Malaysia (K1M) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra hari ini.

Beliau yang mengusahakan perniagaan pembuatan sos cili secara kecil-kecilan berharap dapat mengembangkan perniagaannya dengan bantuan media sosial selepas ini.

 

niaga

 

Dalam kursus tersebut lebih memahami kepentingan pemasaran melalui media sosial, penggunaan Google Business App dan pembangunan laman sesawang menggunakan platform WordPress.

Mazlan Jaafar dari Sala, Yan berharap dia boleh memanfaatkan ilmu yang dipelajari hari ini.

“Saya mendapat semangat baru untuk membesarkan lagi perniagaan kambing dan rusa golek saya selepas ini,” ujarnya lagi.

 

niaga3

 

Menurut Suzaidee Mohd Shom dari badan pendaftaran alamat Internet (domain) Mynic, yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), pemasaran melalui media sosial menggunakan Facebook dan Instagram amat berkesan kerana peniaga dapat berkomunikasi terus dengan pembeli.

Tambah beliau lagi, “bagi memastikan produk kita mendapat perhatian bakal pembeli, amat penting untuk memastikan kita mempunyai pengikut yang aktif untuk sentiasa “like”, “follow” dan “share” kiriman mengenai produk kita ini. Apabila kita mempunyai pengikut yang aktif, kita akan mendapat liputan yang lebih meluas kerana ia akan sentiasa timbul di “newsfeed” pengikut.”

Kursus sehari ini dihadiri oleh hampir 20 orang usahawan K1M seluruh negeri Kedah.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda