Skip to main content
Berita UtaraHomeKedah

KMJG 2018 Gegar Baling

By 9 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan : Siti Yusmila Yusof (Baling) / Foto : Zainaudin

 

BALING, 8 Ogos (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2018, Jabatan Penerangan Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2018) yang akan merentasi pelusuk negara bermula 2 Ogos sehingga 19 Ogos 2018.

IMG-20180809-WA0029

Memotong kek Jalur Gemilang

Peserta ini telah memulakan perjalanan pada 2 Ogos 2018 dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 133 orang peserta dan membabitkan 131 kawasan bandar yang bakal direntasi. Daerah Baling antara lokasi yang terpilih pada kali ini.

Ketibaan peserta konvoi KMJG 2018 yang di ketuai oleh Mohd Rofee Ahmad disambut meriah oleh wakili Pegawai Daerah Baling, Ilias Shuib dan ketua-ketua jabatan di daerah Baling meskipun hujan lebat pada tengahari itu. Sambutan itu telah diadakan di Dewan Tun Abdul Razak Baling.

Koir Majlis Daerah Baling

Koir Majlis Daerah Baling

“Sekalung ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan sambutan konvoi KMJG 2018 pada hari ni.” Ucap Mohamad Rofee, Ketua Konvoi KMJG 2018.
“Terima kasih juga kepada semua peserta konvoi yang telah bersama-sama dalam menjayakan konvoi KMJG 2018 pada kali ini. Ujarnya lagi.

Sementara itu, wakil Pegawai Daerah Baling, Ilias Shuib turut merakamkan ucapan terima kasih kepada konvoi KMJG 2018 yg sudi singgah di Daerah Baling pada kali ini.
“Kami amat mengalu-alukan program seumpama ini terus diadakan di Daerah Baling dalam menyampaikan mesej kepada orang ramai bagi menghayati Bulan Kebangsaan.” katanya lagi.

IMG-20180809-WA0030

Bagi simbolik perasmian, beliau telah memotong kek Jalur Gemilang sumbangan Kolej Komuniti Baling serta penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua jabatan yang hadir.

IMG-20180809-WA0025

Beliau turut melakukan pelepasan peserta konvoi yang akan bergerak ke destinasi seterusnya, Gerik, Perak.

Turut hadir pada acara sambutan ini adalah Haji Hashim Bedu, Ketua Seketeriat KMJG 2018, Nasrudin H.Mahmud, Pengarah Penerangan Negeri Kedah, Wakil Ketua Polis Daerah Baling, Wakil Setiausaha Majlis Daerah Baling serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti Baling.

Tinggalkan komen anda