Skip to main content
HomeTerengganu

Festival Kenyir 2018 Kembali Membuka Tirai

By 30 Ogos 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto oleh: Mohd Afnan Hakimi Abd Aziz/ Mohd Hairie Izwan Awang

HULU TERENGGANU, 30 Ogos (MalaysiaAktif) – Festival Kenyir anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu kembali membuka tirainya pada hari ini 30 Ogos 2018 sehingga 2 September 2018 di Pengkalan Gawi.

Pelbagai acara menarik yang akan diadakan antaranya pameran Jabatan-Jabatan kerajaan, persembahan pentas, gerai jualan produk industri kecil sederhana tempatan, aktiviti sukan air dan aktiviti-aktiviti lain.

Selain itu, Festival Kenyir pada kali ini memberi kelainan antaranya dengan mengadakan perkampungan seni budaya bagi memperkenalkan kebudayaan masyarakat Hulu Terengganu.

Persembahan selamat datang oleh kumpulan Dendang Anak

Persembahan selamat datang oleh kumpulan Dendang Anak

Antara objektif Festival Kenyir ini diadakan adalah untuk mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Zon Bebas Cukai dan meningkatkan lagi promosi Tasik Kenyir kepada pelancong dalam dan luar negara.

Menurut Pegawai Pemasaran Taman Tamadun Islam Terengganu, Nur Emily Admi, penganjuran Festival Kenyir ini dapat memberi kesan positif kepada industri pelancongan negeri Terengganu kerana ia boleh menarik minat pelancong-pelancong untuk datang ke Tasik Kenyir.

Bagi Siti Hadijah Yusof yang mesra dengan panggilan ‘Kak Joh’, pengusaha Kerepek Pisang Lemak Manis berkata “program sebegini membuka peluang untuk mempromosikan produk jualan sekaligus dapat menambah pendapatan kerana kadar sewa tapak yang dikenakan adalah sangat berpatutan.”

Siti Hadijah Yusof, Pengusaha Kerepek Pisang Lemak Manis

Siti Hadijah Yusof, Pengusaha Kerepek Pisang Lemak Manis

Majlis Perasmian Festival Kenyir 2018 disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Harun, diserikan dengan persembahan selamat datang secara tradisional oleh kumpulan Dendang Anak, Hulu Terengganu.

EM

Tinggalkan komen anda