Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

JPJ Mobile Mudahkan Urusan Penduduk Seberang Perai Selatan

By 3 September 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & Foto : Farhani Ismail (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 3 Sep (Malaysiaaktif)  – Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang telah meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan melancarkan JPJ bergerak (mobile) di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan. Perkhidmatan tersebut bermula dari 3 September 2018 dan akan beroperasi pada setiap hari Isnin di ruang pakir Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan.

Majlis pelancaran telah disempurkan dengan jayanya oleh ADUN Sungai Bakap, Dr. Amar Pritpal Abdullah merangkap Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.

Dr. Amar Pritpal Abdullah

Dr. Amar Pritpal Abdullah

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah ADUN Jawi, H’ng Mooi Lye, Mohamat Johari Mat Noor, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang dan Yazman Yahya, Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan.

Perkhidmatan tersebut mampu memberi nafas lega kepada 191,000 penduduk Daerah Seberang Perai Selatan bagi menyelesaikan urusan-urusan JPJ yang sebelum ini perlu dilakukan di JPJ Seberang Jaya. Urusan-urusan yang boleh dilakukan di kaunter bergerak ini adalah seperti pembaharuan lesen memandu, pembaharuan cukai jalan, semakan dan bayaran saman JPJ, pendaftaran MyID (ID portal awam), pindaan Maklumat Alamat dan Pemeriksaan motosikal Secara Percuma (cukai jalan tamat tempoh melebihi 1 tahun).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang, Mohamat Johari Mat Noor dalam ucapannya menyatakan mengikut statistik dari bulan Januari-Ogos 2018, perkhidmatan kaunter bergerak merupakan penyumbang jumlah tertinggi kutipan bagi JPJ Negeri Pulau Pinang iaitu sebanyak RM 1,416,360 juta ringgit.

Menurut beliau lagi, kumpulan sasar perkhidmatan tersebut adalah penduduk yang mempunyai masalah pengangkutan jarak jauh dan penduduk yang menjalani rutin harian yang agak sibuk. Perkhidmatan yang cepat dan efisyen seperti pembaharuan lesen memandu yang hanya mengambil masa 2 minit akan memberi manfaat terulung kepada rakyat.

ER

Tinggalkan komen anda