Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Bantuan Sekali Beri RM1000 Untuk Wanita Kedah

By 9 Februari 2019Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan/foto: Salwa Razak (Padang Terap)

KUALA NERANG, 9 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri komited untuk membantu golongan wanita negeri ini yang kurang berkemampuan bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Tabung Khas Wanita Kedah diwujudkan bagi membantu wanita yang dilanda musibah, bencana atau kesempitan hidup sebagai ketua keluarga.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang, Syed Fadzil Syed Ambon, berkata tabung khas ini akan membantu wanita daripada segenap kumpulan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

“Tabung ini adalah untuk semua wanita di negeri ini yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti dalam borang permohonan.

“Saya berharap info ini dapat disebarkan kepada seluruh masyarakat sama ada di bandar mahupun di pedalaman,” ujarnya ketika taklimat, di sini kelmarin.

Tambah Syed, kelebihan melalui tabung khas ini ialah setiap wanita yang terpilih akan diberikan sebanyak RM1000.00 secara sekali beri tanpa perlu membayar semula.

“Tabung ini juga akan membantu golongan wanita yang ingin memajukan perniagaan kecil atau perusahaan di rumah secara kecil-kecilan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka,” tambahnya.

Merah Hasan, 51, yang turut serta dalam taklimat di Pusat Khidmat DUN Kuala Nerang ini berasa amat bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri kepada golongan wanita yang kurang berkemampuan ini untuk terus melayari kehidupan seperti orang lain.

“Saya berharap agihan bantuan tabung ini akan diagihkan seadil-adilnya supaya tiada yang terpinggir,” ujarnya.

-SH
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda