Skip to main content
HomeTerengganu

Perkhemahan KRS Bentuk Disiplin Pelajar

By 27 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh : Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah (Setiu)

SETIU, 27 Mei (Malaysiaktif) – Seramai 442 orang peserta perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Institusi Pendidikan Agama (IPA) dari seluruh negara telah menyertai perkhemahan yang diadakan di Peladang Agrotourism & Resort Setiu.

Perkemahan yang berlangsung selama empat hari bermula 23 Mei lalu padat dengan pelbagai aktiviti dan pengisian. Di antaranya ialah pertandingan kawad kaki, orientaring serta pertandingan kemahiran seperti masakan rimba dan survival. Turut diadakan pertandingan bantu pertolongan cemas bagi katerogi perempuan dan lelaki.

Menurut kem komandan, Ahmad Hisham Usof, di antara objektif utama perkemahan ini adalah untuk memberi pendedahan awal tentang kepelbagaian kegiatan dalam pasukan beruniform. Di samping meningkatkan disiplin diri setiap peserta sepanjang perkhemahan.

Pelajar belajar cara hidup survival di hutan

Pelajar belajar cara hidup survival di hutan

Para peserta turut menyertai khidmat masyarakat Jiwa Murni yang diadakan di keempat-empat dun di parlimen Setiu yang mempelihatkan kerjasama para peserta bergotong-royong membersihkan surau dan masjid.

Menurut Pengarah Kadet Remaja Sekolah Malaysia, Wan Ramdzan Wan Mamat, perkhemahan ini sebernarnya membentuk diri setiap peserta supaya lebih berdisiplin di samping mempelihatkan kemahiran kendiri dalam aktiviti berkumpulan

“Selain itu, sikap kepatuhan kepada kepimpinan dapat disemai di kalangan peserta. Seterusnya dapat diterapkan ke dalam diri setiap peserta untuk menjadi asas kepada pembentukan sahsiah diri apabila pulang ke negeri masing-masing.

Perkhemahan yang diadakan di daerah Setiu pada kali ini membuka perspektif baru kepada para peserta tentang kepelbagaian budaya dan adab resam di sini,” ujar beliau lagi.

Secara keseluruhan, johan keseluruhan bagi perkemahan kursus IPA kebangsaan 2016 dimenangi oleh Kontijen Terengganu yang membawa pulang piala johan keseluruhan, piala pusingan dan sijil.

 

-SH

Tinggalkan komen anda