Facebook Dalam Dilema Berdepan Penyebaran Berita Palsu

salpu

 

NEW YORK — Sejak dua minggu lalu Facebook mendapati dirinya berdepan dengan persoalan berhubung peranannya dalam penyebaran berita-berita palsu. Kini syarikat tersebut sedang giat meningkatkan usaha pesat untuk menangani masalah berkenaan.

Semalam, Facebook berkata syarikat itu telah memulakan satu siri ujian untuk menghadkan pemalsuan berita. Ujian termasuk memudahkan kesemua 1.8 bilion pengguna Facebook membuat laporan berhubung berita palsu dan mewujudkan kerjasama dengan organisasi-organisasi luar yang berperanan memeriksa kesahihan fakta bagi membantunya mengesan pemaparan berita palsu. Syarikat itu juga sedang berusaha menukarkan amalan-amalan pengiklanan untuk menyekat pihak-pihak yang seringkali menyiarkan berita-berita palsu dan meraih keuntungan.

Dalam menangani isu ini, Facebook mendapati dirinya berada dalam dilema memandangkan sejak sekian lama platform tersebut dianggap sebagai persada bebas di mana pengguna boleh menyiarkan dan membaca apa sahaja secara bebas. Berdasarkan ini Facebook tidak mahu menjadi penentu kebenaran.

Bagaimana pun, setelah jangkauan dan pengaruhnya menjadi begitu meluas, Facebook kini terpaksa berdepan dengan persoalan mengenai tanggungjawab moral dan standard etika berhubung apa yang disiarkan dalam saluran media sosial itu.

Juga dalam menangani masalah ini Facebook merasakan dirinya perlu berhati-hati kerana tidak mahu memaparkan wajahnya sebagai pihak yang mengamalkan penapisan kandungan.

“Kami sebenarnya memberikan suara kepada orang ramai, tetapi kami perlu bertanggungjawab ke atas penyebaran berita palsu menggunakan platform kami,” tegas Naib Presiden Facebook, ¬†Adam Mosseri yang bertanggungjawab ke atas unit ‘News Feed’ yang merupakan kaedah digunakan oleh syarikat itu untuk menyebar maklumat kepada pengguna di serata dunia.

Apa kesudahannya kesan daripada tindakan Facebook ini masih samar. Isunya bukan sekadar menyentuh perangkaian sosial dengan ekosistem begitu meluas yang telah memungkinkan penularan berita palsu.

 

-AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...