Skip to main content
GlobalHomeSains & TeknologiViral

Bangladesh Sekat Facebook, Whatsapp, Viber

By 19 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Editor

BANGLADESH, 19 Nov (Malaysiaaktif) — Kerajaan Bangladesh telah bertindak menyekat Facebook, Whatsapp dan Viber.

Arahan yang dikeluarkan pagi semalam dilaksanakan serta merta selepas Mahkamah Agung memutuskan untuk mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas penjenayah perang, Salauddin Quader Chowdhury dan Ahsan Mohammad Mojaheed.

Menurut akhbar The Daily Star, surat daripada Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Bangladesh (BTRC) mengarahkan syarikat operator telekomunikasi dan semua Pembekal Perkhidmatan Internet supaya menghentikan perkhidmatan mereka dengan serta merta.

Terdahulu, pada 11 November lepas, Perdana Menteri Sheikh Hasina mengumumkan di parlimen bahawa Whatsapp dan Viber akan disekat sementara waktu jika perlu bagi menangkap anggota-anggota militan dan membasmi kegiatan pengganas di negara itu.

Beliau berkata ini memandangkan sesetengah pihak menjalankan kegiatan jenayah menggunakan aplikasi-aplikasi berkenaan.

Juga, pada 18 Januari lepas, BTRC telah menyekat penggunaan aplikasi alat mudah alih Viber, Whatsapp, Tango, Mypeople dan Line di Bangladesh di atas sebab keselamatan. Walau bagaimanapun, Sekatan ke atas  kesemua aplikasi tersebut ditarik balik empat hari kemudian.

 

 

Tinggalkan komen anda