Skip to main content
Home

Kerajaan Serius Usaha  Memajukan Masyarakat Petani

By 29 April 2015Tiada komen1 minit bacaan

PERMATANG PAUH  29 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 739 orang petani  di parlimen Permatang Pauh pada Rabu menerima bantuan insentif pelbagai bentuk.

Insentif zakat dan tunai itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Seramai 20 orang petani menerima insentif bagi pencapaian hasil padi tertinggi, 149 orang  penerima zakat, dan 570 orang penerima insentif berbentuk ‘touch point’ atau barang keperluan petani dan peladang.

Majlis yang diadakan di Kampung Pelet, Permatang Pauh itu turut dihadiri kira-kira 1,000 orang petani.

Dalam ucapannya, Tajuddin mengingatkan tentang hasrat kerajaan untuk terus menerus membantu masyarakat petani melalui pelbagai insentif, bantuan serta latihan, termasuk petani di kawasan Permatang Pauh.

Antara kemudahan yang dibangunkan termasuk  pembinaan kemudahan saliran dan pengairan.

Beliau berkata kerajaan juga telah memberi subsidi sebanyak RM2500 bersama setiap ekar tanah pertanian yang disediakan, termasuk baja dan racun.

Kerajaan menyasarkan peningkatan pendapatan petani daripada hanya RM1500 hingga RM2500 kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Menurut Tajudin, matlamat ini dapat dicapai menerusi peningkatan keupayaan yang disokong kerajaan melalui pelbagai pendekatan.

Tajuddin turut menyeru pengundi di Permatang Pauh supaya memberi peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin pada 7 Mei nanti agar pembangunan dapat dilaksanakan sekiranya BN memenangi kerusi parlimen di sana.

— Laporan Ainuddin Kamarudi

Tinggalkan komen anda