
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Malaysiaaktif) — Seramai 12 anggota polis ditahan kerana terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis.
Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau memberi jaminan siasatan akan diteruskan tanpa mengira pangkat jika terdapat anggota lain terlibat.
Tambahnya melalui Ops Pintas 1 dan 2, 3 hingga 14 Januari lalu polis telah menahan sejumlah 290 individu membabitkan 43 pendatang asing tanpa izin pati, anggota sindiket iaitu ejen dan tekong rakyat tempatan.