Skip to main content
GlobalHomeViral

6 Pegawai FIFA Ditahan, Disyaki Terima Rasuah Ratusan Juta

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

SWITZERLAND,  27 Mei – Enam pegawai Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Fifa di tahan kerana disyaki menerima rasuah ratusan juta ringgit.

Enam pegawai terbabit kini menunggu untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat.

New York Times melaporkan mereka adalah Pegawai Kanan Fifa yang berada di Switzerland untuk Kongres Fifa.

Waran tangkap dikeluarkan berikutan permintaan daripada pihak berkuasa Amerika.

Mereka yang ditahan disyaki menerima rasuah sejak awal tahun 1990-an hingga sekarang.

Dalam pada itu, jurucakap Fifa mengesahkan Presiden Sepp Blatter dan Setiausaha Jerome Valcke tidak dibabitkan dalam kes ini.

Tinggalkan komen anda