Skip to main content
HomeViral

Penoreh Didenda Atau Penjara 44 Hari Kerana Saman Trafik

By 27 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

ALOR SETAR, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Akibat mengabaikan 8 waran tangkap yang dikeluarkan sejak 2003, seorang penoreh getah akhirnya didenda selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Alor Setar, Kedah.

Tertuduh Mohd Zamzuri Mohamad Zain, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.

Dia didapati bersalah kerana kerap melakukan kesalahan sama, iaitu tidak mempunyai lesen kenderaan dan melanggar peraturan jalan raya.

Atas kesemua kesalahan itu dia didenda  RM2,950.

Jika gagal membayar saman, mahkamah memerintahkan Zamzuri dipenjara selama 44 hari bermula hari ini.

Terdahulu, tertuduh merayu agar hukuman dikurangkan kerana mempunyai tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun yang masih bersekolah.

Namun, mahkamah memutuskan tertuduh perlu didenda sebagai amaran keras dan peringatan supaya tidak mengulangi kesalahan sama pada masa hadapa

Tinggalkan komen anda