Skip to main content
HomeViral

Semakin Agresif: Jurufoto Portal Diserang Penyokong Parti

By 7 Mei 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

PERMATANG PAUH, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Beberapa laporan yang diterima dari lapangan Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini mengisahkan bagaimana seorang jurufoto portal KLxpress mengalami kecederaan di kepala dan badan setelah didakwa dipukul oleh sekumpulan penyokong parti.

Menurut The Rakyat Post, kejadian pada 11.30 pagi itu tercetus di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, Bukit Mertajam di antara dua kumpulan.

Bagaimana pun, menurut portal tersebut lagi, anggota polis berjaya mententeramkan keadaan sejurus kemudian.

Kekecohan turut dilaporkan berlaku berhampiran pusat-pusat mengundi lain, termasuk SMK Guar Perahu dan SMJK Jit Sin.

Memandangkan keadaan sedemikian polis mengetatkan langkah-langkah keselamatan di semua pusat mengundi pada hari mengundi bagi PRK Permatang Pauh yang berlangsung hari ini.

Sementara itu, terdapat pihak yang mendakwa lokasi pondok BN di luar pusat mengundi SMK Guar Perahu yang terlalu dekat dengan pusat mengundi itu telah mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat (PR) hingga menyebabkan mereka mengambil tindakan sendiri.

Dalam kejadian itu, seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan masalah.

Bagaimana pun, jentera BN di situ enggan berpindah kerana mereka yakin kedudukan mereka sejauh 50 meter dari pusat mengundi tidak melanggar peraturan yang ditetapkan SPR.

Keadaan yang semakin meruncing memaksa pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak, dan seterusnya diikuti arahan SPR kepada jentera BN di situ supaya mengubah tempat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

Tinggalkan komen anda