
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Malaysiaaktif) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan bahawa warga Thailand yang dikatakan perancang utama sindiket pemerdagangan manusia di negara itu sedang bersembunyi di Langkawi.Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendent Harith Kam Abdullah memberitahu, ini kerana usaha menjejaki lelaki itu yang dikenali sebagai Pajjuban Aungkachotephan atau ‘Ko Tong’ menemui jalan buntu.
Menurut laporan media asing, suspek yang juga bekas pegawai kanan kerajaan tempatan adalah perancang utama sindiket yang membawa masuk ribuan pendatang dari Bangladesh dan Myanmar ke Thailand serta Malaysia.
Pada Rabu Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung berkata suspek telah melarikan diri ke ‘negara jiran’ dengan media Thailand melaporkan Pajjuban sedang bersembunyi di Langkawi.
Mereka mendakwa Pajjuban menggunakan sebuah pulau miliknya di Rat Yai, Satun untuk menempatkan pendatang Bangladesh.