Skip to main content
Home

Dr Michael Teo Ahli Parlimen Miri Diserang Di Luar Klinik

By 15 Mei 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

MIRI, 15 Mei — Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng diserang di luar kliniknya kira-kira pukul 8.30 pagi Jumaat.

Akibat serangan itu beliau mengalami kecederaan di bahunya.

Dr Teo yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Miri dipercayai sedang berjalan kaki ke kliniknya dari tempat letak kereta apabila diserang seorang individu.

Kliniknya terletak di pusat bandaraya Miri tidak jauh dari Hotel Mega.

Saksi berkata penyerangnya keluar dari kereta dengan memakai helmet dan memukul Dr Teo dengan kayu yang menyerupai kayu besbol sebelum melarikan diri.

Dr Teo dihantar ke Hospital Umum Miri untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan tidak serius.

Motif serangan masih belum diketahui.

Polis telah dimaklumakan dengan kes tersebut tetapi laporan masih belum dibuat.

— The Star

Tinggalkan komen anda